Rabu, 26 Mac 2025, Kuala Kangsar - USAS Resort berjaya menganjurkan majlis iftar perdana bagi meraikan rumah anak yatim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat. Majlis Iftar Perdana USAS Resort ialah sebuah inisiatif CSR sempena Ramadan. Majlis ini meraikan anak-anak dari Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Majlis disempurnakan oleh PROF. DATO'. DR. WAN SABRI BIN WAN YUSOF, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Foto: Encik Rosli, Pengurus USAS Resort.
USAS Resort yang terletak di tengah bandar Kuala Kangsar menjadi hos kepada acara tahunan ini. Jambatan Kuala Kangsar yang ikonik membezakan Kota Lama Kanan dan Kota Lama Kiri memberikan fenomena suasana yang menarik untuk para tetamunya. Juadah pelbagai menu disediakan untuk semua para jemputan.
Foto: Serahan sumbangan oleh agensi korporat
Foto: Anak-anak menanti waktu berbuka puasa.
Jumpa lagi nanti.