Covid19ital ''Seniaga Norma Baharu''

11 Mei 2023: SIARAN MEDIA SEGERA




TUTORUMAH: Bantuan Diperlukan Untuk Bayaran Bil Air Selangor Tertunggak

Akaun Air Selangor: 6629440964

Nombor Bil: 662086750565

Jumlah Tunggakan: RM197.00

Biller code JOMPAY: 4200
Rujukan: 662086750565


Hari ini Tutorumah telah dipotong bekalan air kerana tunggakan yang berlaku akibat tidak dapat email bulanan dari Air Selangor. 

Sesiapa individu atau NGO yang boleh bantu untuk bayaran pendahuluan sila bantu dengan kadar segera sementara pihak pengurusan mendapatkan bayaran akhir Yayasan Inovasi Malaysia untuk projek COVID19ital.

Mohon hantar resit bayaran dan info maklumat lanjut hubungi:
Telefon:  +60175556815 (Prof Piko)

Email: piko@pentasaksi.com

Tutorumah ialah sebuah inisiatif pusat pendidikan atas tallan di bawah program COVID19ital oleh Pentas Aksi.
Lokasi premis Tutorumah disewa RM1300 sebulan berhampiran UiTM Puncak Alam. Dana awal program ini didahulukan oleh Yayasan Inovasi Malaysia melalui COVID19ital, pelancarannya di Ruang Reka, Terengganu pada 7 Januari 2022. COVID19ital juga ialah salah satu finalis sebuah siri TV program yang mendapat perhatian Kementerian Ekonomi, INNOVATHON yang akan mula bersiaran di Astro tidak lama lagi.

Terima kasih.

www.pentasaksi.com 


Nota: War-warkan kepada hartawan dermawan yang budiman. Kita bantu transformasi pendidikan digital untuk semua. Ayuh!



Program COVID19ital menerima sijil penyertaan dari Menteri Sains dan Teknologi, YB Chang Lih Kang di acara Majlis Penutupan NGO@Makerthon pada 9 Mei 2023 turut disaksikan CEO SME CORP, Encik Rizal Nainy dan CEO Yayasan Inovasi Malaysia, Dr Sharmilla. Foto kredit: Ustazah Aida







PENTAS AKSI melancarkan sebuah program NGO@Makerthon yang bertajuk COVID19ital pada 7 Januari 2022. Fokus program 
ini ialah untuk membantu mengenalpasti penduduk sekitar dari lokaliti Terengganu yang mempunyai bakat unik supaya diketengahkan secara lebih digital bersama teknologi seperti Non Fungible Token (NFT). Selari dengan motto ‘Martabat Modal Insan’ yang mencari pemilik bakat untuk dijadikan ikon baru bagi sesuatu wilayah. Objektif program ini untuk membantu usahawan lokal menggunakan bakat seni lokal sebagai sumber produksi setempat untuk promo produk mereka secara lebih meluas di atas talian. Program ini dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) melalui agensi pelaksana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).
 


 
Peserta yang terdiri dari ahli komuniti setempat ditawarkan aktiviti pengukuhan bakat yang meliputi digital usahawan eBengkelkelas bakat Tutorumah dan Applikasi yang dikelolakan oleh Pentas Aksi dengan tema ‘Seniaga Norma Baharu’. Program ini meliputi elemen asas seni budaya seperti muziktarian dan lakonan.


 Ia 
kemudian dikaitkan dengan aktiviti penjenamaan produk niaga lokal yang relevanKategori sampingan baru berasaskan bakat juga ditambah untuk menyeimbangkan aktiviti tradisi setempat berdasarkan projek I’M Singles yang pernah mencipta sejarah tahun 2012 sebagai sebuah album kompilasi indie pertama negara menggabungkan pelbagai latar genre unik termasuk dutanyaBunkfaceBeberapa siri pertandingan bakat juga diadakan supaya barisan pelapis industri dapat disediakan untuk masa depanAntaranya ialah Pertandingan Mencipta Lagu, Pertandingan Seni Tari dan Pertandingan Tiru Aksi LakonanBorang penyertaan beserta info lanjut disediakan di 
http://www.pentasaksi.com . Hadiah menarik menanti peserta semua. 



 

Acara pelancaran dilaksanakan di RuangReka, PPR Hiliran, Terengganu turut dibantu Persatuan Penduduk PPR Padang Hiliran Terengganu untuk meningkatkan penggunaan digitalisasi dalam komuniti setempat. Sejajar dengan Rancangan Malaysia ke-12 yang akan memfokuskan Belia Berteknologi Tinggi, program ini diharap dapat membantu mencetuskan lebih banyak peluang digital kepada warga setempat untuk capaian lebih meluas. Rakan kerjasama program ini terdiri daripada radio rasmi, Online FM, media rasmi Selebriti Online, token rasmi, Detik.ai yang turut serta bersama Me.reka dan Biji-Biji Initiative. 


 

 


Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code