Majlis Iftar Perdana - USAS Resort

 Rabu, 26 Mac 2025, Kuala Kangsar - USAS Resort berjaya menganjurkan majlis iftar perdana bagi meraikan rumah anak yatim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Majlis Iftar Perdana USAS Resort ialah sebuah inisiatif CSR sempena Ramadan. Majlis ini meraikan anak-anak dari Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz Majlis disempurnakan oleh PROF. DATO'. DR. WAN SABRI BIN WAN YUSOF, Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). 


Foto: Encik Rosli, Pengurus USAS Resort.


USAS Resort yang terletak di tengah bandar Kuala Kangsar menjadi hos kepada acara tahunan ini. Jambatan Kuala Kangsar yang ikonik membezakan Kota Lama Kanan dan Kota Lama Kiri memberikan fenomena suasana yang menarik untuk para tetamunya. Juadah pelbagai menu disediakan untuk semua para jemputan.


Foto: Serahan sumbangan oleh agensi korporat


Foto: Anak-anak menanti waktu berbuka puasa.

Terima kasih diucapkan kepada semua para penaja yang membantu menjayakan program ini seperti Afiat, UHY dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Jumpa lagi nanti.


Foto: Sebahagian anak-anak yang diraikan.






Infaq Remdan 2025

 


Program Infaq Remdan kini kembali lagi.
Infaq Remdan: Menyantuni Asnaf, Anak Yatim dan pelarian perang sempena Hari Raya.


"Dimasa bulan Remdan, kita berpuasa hingga sebulan" Saloma.

Pakej 1: Lesmana RM1000
Pakej 2: Pendiqa RM700
Pakej 3: Anggerik RM500

ATAU dermakan seikhlas hati anda untuk mereka menikmati pakaian baru dan juadah hari bahagia.

"Miskin kaya memakai baju baru warna warni,
Mengunjungi sanak saudara kaum famili"


8601215824: CIMB BANK
Ref: remdan


Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat ganda untuk para dermawan sekalian.
Untuk pengecualian cukai sila hubungi media@pentasaksi.com atau WhatsApp +60175556815 (Pentas Aksi)

Keterangan Pakej Pilihan:

1. Rumah Anak Yatim: RM1000
Kuih raya 15 bekas, baju raya & duit raya RM50 x 10.

2. Pelarian Perang: RM700
Kuih raya 10 bekas & duit raya RM50 x 5.

3. Keluarga Asnaf: RM500
Kuih raya 5 bekas & duit raya RM50 x3.


Sebuah usahasama dengan NEGARA RECORDS.

#infaqremdan #pentasaksi


Gema Pekik Palu - Reruai Eksklusif Pentas Aksi ind1e Tawar Pelbagai Alternatif Seni

 





Pentas Aksi akan membuka reruai seni di acara Gema Pekik Palu bersama FIXI, Fathul, ORKEDCARLSOM, HaraHuru Problematic dan ramai lagi.
Acara anjuran Stereo Pixels ini disokong oleh Yayasan Hasanah, ArtsFAS dan Kementerian Kewangan Malaysia.

Peta lokasi reruai


Pelbagai barangan seni disediakan di booth kami termasuk CD/DVD band lokal, merchandise, tikar pandan rare, beg manik dan pelbagai lagi. Kita juga ada sesi rare eksklusif bersama Harimau Malaya: indonexxes hanya di segmen ind1e booth Pentas Aksi.

ind1e: Pesta Seni NFT

Arkib Muzik Lokal: CD + DVD
Foto Kredit: Muzikologi (Rabak Lit)


Tikar Pandan Rare Double Sided
Anyaman Tangan NUSANTARA




Jumpa di MATIC pada 8 dan 9 Februari 2025 ini.

Senarai aturcara:


GEMA PEKIK PALU: Malam Fusion Tradisi

Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 8 PM
Lokasi: Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tiket: RM90 (solo), RM160 (duo) *Semua tiket adalah ‘Free Seat’. Tiket terhad. 300 tempat duduk sahaja yang tersedia.
Artis:
• Noh Salleh
• Traditopia
• 1963
• Az Samad
• Rina-Hime
• Dekwa
• re-bloom


GEMA PEKIK PALU: Malam Fusion Distorsi

Tarikh: 9 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 8 PM Lokasi: Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tiket: RM80 (solo), RM140 (duo) *Semua tiket adalah ‘Free Seat’. Tiket terhad. 300 tempat duduk sahaja yang tersedia.

Artis:
• monoLoque
• Fugo
• Sekumpulan Orang Gila (S.O.G)
• Dish
• Viona


GEMA PEKIK PALU: Pertandingan Bakat Tradisi

Pertandingan Bakat Tradisi ini adalah terbuka kepada apa-apa sahaja persembahan kesenian tradisi sama ada nyanyian, tarian ataupun bermain alat muzik tradisi.

Terbuka kepada penyertaan solo & berkumpulan (maksimum 5 orang dalam 1 kumpulan).

2 Kategori dipertandingkan:
• Kategori Sekolah Rendah (7 - 12 tahun)
• Kategori Sekolah Menengah (13 – 17 tahun)

Hadiah berupa wang tunai, trofi, hamper & sijil penyertaan bagi pemenang-pemenang setiap kategori.

Macam mana nak sertai pertandingan ini?
Hantarkan link 1 video persembahan bakat anak anda (sama ada video di rumah, studio atau pentas – boleh berikan link dari YouTube, Instagram, TikTok atau Google Drive dan pastikan link tidak ‘private’).

Tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah pada 2 Februari 2025 sebelum 12 tengah malam.

Hanya 10 orang peserta akan disenarai pendek untuk membuat persembahan secara ‘live’ di hadapan panel juri di pertandingan akhir Pertandingan Bakat Tradisi – Gema Pekik Palu yang bakal diadakan pada 8-9 Februari di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Hadiah Menarik seperti berikut disediakan:
• Wang tunai (RM500 Juara, RM300 Naib Juara, RM200 Ketiga)
• Trofi (untuk pemenang)
• Hamper (untuk semua finalis)
• Sijil Penyertaan (untuk semua finalis)

PENDAFTARAN KINI TELAH DITUTUP



GEMA PEKIK PALU: Persembahan Muzik Akustik

8 buah band independen tempatan akan membuat persembahan secara akustik pada sebelah siang festival Gema Pekik Palu. Masuk adalah PERCUMA!.

Band yang akan membuat persembahan pada 8 Feb 2025
• The ExAct
• Hunky-Dory
• Yon.Dershore
• Persis

Band yang akan membuat persembahan pada 9 Feb 2025
• The Alif
• Private Whizz
• Panasejook
• Motherland

Persembahan akustik akan bermula dari jam 2pm ke atas.


GEMA PEKIK PALU: Bengkel Muzik Tradisi

4 buah bengkel muzik akan diadakan untuk semua pengunjung yang hadir ke acara ini. Ini adalah peluang yang baik untuk kita semua mendekati seni muzik warisan negara kita kita dengan lebih baik lagi.

Bengkel Muzik Tradisi pada 8 Feb 2025
• 3:00 PM: Sape - Alunan Tradisi Borneo bersama Anderson Kalang.
• 4:00 PM: Gema Dikir Barat bersama Karutz Fusion.

Bengkel Muzik Tradisi pada 9 Feb 2025
• 3:00 PM: P.Ramlee - Gaya Gitar Fingerstyle & Jazz bersama Az Samad.
• 4:00 PM: Gema Rebana Berdaung bersama Akademi Arjunasukma.c

Masuk adalah PERCUMA untuk kesemua sesi bengkel ini. Jangan lepaskan peluang berhibur sambil menimba ilmu ini!

"MARTABAT MODAL INSAN"


Jumpa di sana!!!







Tabung Pasca Banjir


 

Pentas Aksi melancarkan Tabung Pasca Banjir untuk membantu mangsa banjir di Selama, Beruas, dan Pantai Remis yang terkesan akibat banjir gelombang kedua pada 11 Disember 2024. Sasaran dana ialah RM15,000 untuk menyediakan bantuan makanan, barangan asas, dan kit kebersihan. Kami memohon sumbangan daripada orang ramai, syarikat korporat, dan NGO untuk meringankan beban mangsa banjir. Mari bersama-sama menghulurkan tangan dan memulihkan semangat mereka yang memerlukan. 

“Bersama Kita Prihatin, Bersama Kita Bangkit.”

Nombor Akaun: 8601215824
Bank: CIMB Bank
Rujukan: pascabanjir


NOTA:

Untuk pengecualian cukai email resit ke pentasaksi@gmail.com atau WhatsApp ke +60175556815

"Martabat Modal Insan"

Foto: Kg Batu 5, Segari

Foto: Geng Kembara


Foto: APM Perak Cawangan Beruas



Raya Yatim

 

**SIARAN MEDIA**


**UNTUK SEGERA DIEDAR**


**Acara Raya Yatim: Merayakan Kesyukuran Bersama Anak Yatim di Seluruh Malaysia**


*Ipoh, 25 April 2024* – Pentas Aksi dengan bangga mengumumkan pelancaran program "Raya Yatim", sebuah inisiatif yang menghimpunkan komuniti Malaysia untuk merayakan kemesraan dan kegembiraan bersama anak yatim dari rumah-rumah terpilih di seluruh negara.


Program ini bertujuan untuk mewujudkan pengalaman Raya yang bermakna bagi anak-anak yatim, serta memperkukuhkan ikatan sosial di kalangan masyarakat tempatan. Kami sangat berbesar hati kerana mengumumkan bahawa penglibatan pertama adalah dari rumah anak yatim Baitul Mahabbah, sebuah rumah yang mengasuh dan memberi perlindungan kepada anak-anak yang memerlukan di Malaysia.
Baitul Mahabbah ialah pusat perlindungan penempatan kanak-kanak sementara proses dokumentasi oleh negara masing-masing selesai.


Acara Raya Yatim ini akan diadakan pada:


**Tarikh**: [5 Mei 2024]

**Masa**: [5pm-7pm]

**Tempat**: [Masjid Jamek Tanjong Malim]


Program Raya Yatim akan menyediakan pelbagai aktiviti yang meriah dan berimpak bagi anak-anak yatim yang hadir. Antara aktiviti yang dirancang termasuk persembahan kreatif, permainan interaktif, serta santapan istimewa Raya. Kami juga akan menyediakan sumbangan keperluan asas kepada rumah anak yatim yang terlibat untuk memastikan keseronokan dan keselesaan mereka semasa menyambut bulan suci Ramadan dan Hari Raya.

Sumbangan boleh disalurkan:

CIMB BANK BERHAD: 8601215824

Rujukan: rayayatim


Kami menjemput semua warga Malaysia untuk menyertai kami dalam usaha murni ini untuk menyebarkan kebahagiaan dan kasih sayang kepada anak-anak yatim. Sumbangan dan sokongan anda akan memberikan pengalaman Raya yang tidak terlupakan bagi mereka yang kurang bernasib baik.


Untuk maklumat lanjut mengenai program "Raya Yatim", sila hubungi:


[Hubungi: Prof Piko & Ustazah Aida +60175556815]

[Alamat Emel: media@pentasaksi.com]


Ikuti perkembangan terkini program "Raya Yatim" melalui laman web kami:


http://www.pentasaksi.com


Kami berharap agar kesedaran dan kegembiraan yang dihasilkan dari program ini akan terus memberi kesan positif kepada komuniti kita dan membawa sinar keceriaan kepada anak-anak yatim di seluruh Malaysia.


*Akhir*


**Tentang Pentas Aksi:**

Pentas Aksi adalah sebuah organisasi bukan untung yang berdedikasi untuk memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif sosial dan kebudayaan. Dengan sokongan daripada sukarelawan, penaja, dan masyarakat setempat, kami berusaha untuk membawa perubahan positif kepada kehidupan individu-individu yang memerlukan di Malaysia.

Infaq Remdan


Infaq Remdan: Menyantuni Asnaf, Anak Yatim dan pelarian perang sempena Hari Raya.


"Dimasa bulan Remdan, kita berpuasa hingga sebulan" Saloma.

Pakej 1: Lesmana RM300
Pakej 2: Pendiqa RM150
Pakej 3: Anggerik RM100

ATAU dermakan seikhlas hati anda untuk mereka menikmati pakaian baru dan juadah hari bahagia.

"Miskin kaya memakai baju baru warna warni,
Mengunjungi sanak saudara kaum famili"


8601215824: CIMB BANK
Ref: infaqremdan


Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki yang berlipat ganda untuk para dermawan sekalian.
Untuk pengecualian cukai sila hubungi media@pentasaksi.com atau telefon +60175556815 (Pentas Aksi)

Keterangan Pakej Pilihan:

1. Lesmana: RM300
Kuih raya 5 bekas, baju raya & duit raya RM50.

2. Pendiqa: RM150
Kuih raya 3 bekas & duit raya RM50.

3. Anggerik: RM100
Kuih raya 2 bekas & duit raya RM50.

Sebuah usahasama dengan NEGARA RECORDS.

#infaqremdan #pentasaksi



Kemaskini Rakan Penaja:

1. Tudung Turki 2 helai RM100
2. Sampul Raya 1 paket RM10
3. Beras 10kg 1 paket RM25

OH KOME TOUR 2024

 


MARIONEXXES Oh Kome Tour 2024 (Muzik, Sejarah & Budaya Popular di Perak)

Ipoh - 3hb February 2024
Parit Buntar - 4hb February 2024
Tanjung Malim - 9hb February 2024
Taiping - 10hb February 2024
Bagan Datoh - 11hb February 2024
Selama - 17hb February 2024
Batu Gajah -18hb February 2024
Tapah - 19hb February 2024
Teluk Intan - 24hb February 2024
Kuala Kangsar - 25hb February 2024

Mock up video:

Sponsorship package Deck: http://bit.ly/ohkomesponsor

Oh Kome start in 2012 when MARIONEXXES approach Mr Os to feature in a single. (Reported by Harian Metro)

A brand new Music Video supported by Dana Kreatif Perak under PORT in 2022. 

Oh Kome Tour 2024 organised by Negara Records, management by Pentas Aksi.

MORE INFO ON: http://www.mohkome.com

Menakluk Jagatraya - HE.A.L @ Aspen


HE.A.L @ Aspen

Dapatkan album debut Menakluk Jagatraya dari The Alif.

ind1e menampilkan The Alif sebagai pembuka jelajah Menakluk Jagatraya di Aspen Academy, pada Ahad, 10 Disember 2023 mulai 9 pagi. Antara lagu hits yang akan diperdengarkan ialah Masa, Ratna (Juara Carta Rakita FM) dan Hujan di Jendela, sebuah tribut untuk bumi Palestin. Masuk PERCUMA.

RSVP di sini: https://bit.ly/ind1easpen

#pentasaksi #ind1e #thealif #menaklukjagatraya #indie.my




Biodata The Alif:

ind1e: Pesta Seni NFT

 

ind1e: Pesta Seni NFT

    
                        




Pemecut Alam Sekitar Perak 2023

Program: Bengkel Pemecut Alam Sekitar 2023
Anjuran: Biji-Biji Initiative
Disokong oleh: Yayasan Hasanah & Kementerian Kewangan Malaysia
Rakan Acara: Persatuan Kebudayaan & Kesenian Orang Asal Perak (PKKOAP)
Venue: Sahom Valley Resort, Kampar, Perak
Tarikh: 23 Mei 2023





 Sasaran: 
  1. Ekonomi Hijau
  2. Komuniti yang bertanggungjawab dan berwibawa
  3. Warisan semula jadi yang terpelihara dengan baik
  4. Daya tahan terhadap perubahan iklim dan bencana

Like Us On Facebook

Please Wait 10 Seconds...!!!Skip
Get code